AKTIVITI BULAN INI

AKTIVITI BULAN INI ##9/3/2013 MOTIVASI KEIBUBAPAAN MURID SKK ##!

Sunday, March 21, 2010

UJIAN PERMATA PINTAR

Ujian PERMATApintar UKM1 adalah ujian IQ dalam talian yang boleh dicapai melalui lawan web PERMATApintar ini. Ianya dibina oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ujian PERMATApintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun. Untuk menggunakan ujian saringan ini, pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci.

Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa menjawab soalan dalam ujian saringan ini. Pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar perlu memasukkan maklumat peribadi, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sebelum memulakan ujian saringan ini.

*Nota: Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sahaja.



KLIK PADA GAMBAR UNTUK UJIAN PERMATA PINTAR