Thursday, November 19, 2009

5A 2009


Syabas Dan Tahniah kepada yang berjaya mendapat 5A UPSR 2009






4A>>> 5 Orang
3A>>> 11 Orang

JUMLAH CALON : 74

Status Sekolah : Luar Bandar

Syabas Dan Tahniah!!!!

MOga 2010 Kebakat terus meningkat menjulang nama..... INSYAALLAH

Friday, October 30, 2009

Sekitar Majlis Khatam Al-Quran

Terima Kasih......Ikhlas daripada pihak sekolah

Pelajar di arak masuk ke dewan
untuk majlis khatam Al-Quran

Tuesday, October 20, 2009

Thursday, August 13, 2009


LOGO SEKOLAH

Warna Hijau

Melambangkan kedamaian yang diperolehi murid-murid belajar di sekolah dalam menimba ilmu

Padi

Padi melambangkan murid-murid terdiri daripada keluarga petani di mana ia juga simbolik untuk menggambarkan murid-murid merupakan benih kesuburan untuk dilahirkan sebagai masyarakat yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Simbol Gelung Bulat

Melambangkan 5 rukun Islam, 5 prinsip Rukun Negara

Tulisan Jawi

Tulisan jawi yang tertulis perkataan KEBAKAT, merupakan nama rasmi sekolah

Buku

Melambangkan khazanah tersimpan dalam ilmu yang perlu dirujuk sepanjang masa

Wednesday, August 12, 2009

Sejarah Sekolah

Sejarah Sekolah

Gambaran di sebelah adalah panorama sebuah bangunan klasik, terpencil dan dipenuhi dengan air di permukaan padang yang becak. Inilah bangunan asal Sekolah Kebangsaan Kebakat pada peringkat awalnya iaitu pada tahun 1969 yang mana bangunan induknya telah disambungkan dengan sebuah bangunan baru yang telah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Kelantan

Sekolah Kebangsaan Kebakat berasal daripada Sekolah Rakyat. Sekolah Rakyat tersebut didirikan di atas Lot 2226 dengan keluasan tanah 1 999 ekar atau 0.8089 hektar dengan gotong-royong penduduk kampung yang sedar betapa pentingnya ilmu.

Hak milik tanah tapak sekolah ini telah diwakafkan oleh seorang Ketua Kampung (Tok Penghulu) pada ketika itu.

Pengasas sekolah ini ialah Encik Sulong Bin Yusoff. Sekolah ini pada masa itu lebih dikenali dengan nama Sekolah Long, mengambil nama sempena nama pengasas ulung yang bertungkus-lumus menubuh serta menghidupkannya pada waktu itu.

Pada tahun 1958, pengajian di sekolah ini telah terhenti seketika akibat daripada punca kewangan yang tidak menentu. Di atas inisiatif Ahli Jawatankuasa PIBG serta pengasas pada ketika itu, masalah kewangan telah dapat diatasi dan sekolah ini telah dapat dibuka semula oleh Encik Ali bin Salleh dengan keramaian murid seramai 60 orang dengan dibantu oleh dua orang tenaga pengajar.

Kantin Sekolah Kebangsaan Kebakat pada tahun 1972

Pada 18 Oktober 1965, Yang Berhormat Encik Khir Johari – Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu telah merasmikan bangunan Sekolah Kebangsaan Kebakat namun pada hakikatnya sekolah ini pada ketika itu masih Sekolah Rakyat sehinggalah pada 1 Jun 1966 sekolah itu dengan rasminya telah diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan diberi bantuan sewajarnya.

Dalam tahun 1982, sebuah bangunan dua tingkat telah siap dibina bersebelahan dengan bangunan lama yang telah dibaik pulih. Bangunan dua tingkat itu boleh memuatkan sebanyak lapan buah bilik darjah. Pada tahun 1992 sebuah bangunan untuk murid pra sekolah telah dibina dan boleh boleh menampung murid-murid pra sekolah seramai 30 orang.

Pada akhir tahun 1993, sebuah bangunan tambahan 4 bilik darjah telah siap dibina yang terletak berhadapan dengan blok A untuk mengatasi pertambahan bilangan murid yang telah meningkat.

Kini Sekolah Kebangsaan Kebakat mempunyai 3 blok bangunan dua tingkat, 1 blok bangunan setingkat serta sebuah bangunan pra sekolah. Bangunan yang lama dijadikan dewan serta digunakan untuk majlis-majlis tertentu.

Sekolah Kebangsaan Kebakat pada tahun 1982

Sekolah Kebangsaan Kebakat pada tahun 2006

Bangunan lama Sekolah Kebangsaan Kebakat yang kini dijadikan Surau dan Dewan Makan untuk untuk RMTS tertentu

Pembukaan rasmi SK Kebakat



Tuesday, August 11, 2009

LOKASI SK KEBAKAT

Lokasi Sekolah