Wednesday, January 30, 2019

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SKKJ 2019

Monday, March 11, 2013

MOTIVASI KEIBUBAPAAN 2013


Sebelum Majlis MOtivasi Bermula Penerangan Berkaitan PBS bagi tahun 1, 2 dan 3 di buat. Penerangan 
dibuat oleh PN Hjh Mahanun Binti Mahmood (Guru Besar  SKK)

Thursday, January 31, 2013

MAJLIS SAMBUTAN GURU BESAR YANG BARU

MAJLIS SAMBUTAN GB
PN HJH. MAHANUN BINTI MAHMOOD
29/1/2013 JAM 1.20 PTG


Tuesday, January 29, 2013

MAJLIS BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM100

TARIKH : 24/1/13
MASA : 8.00 MALAM
Disempurnakan oleh : YB Datuk Hj Mohd Rosdi bin Ab Aziz


SEKITAR MAJLIS PERSARAAN TN HJ MANSOR

GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERSARAAN TN HJ MANSOR
TARIKH PERSARAAN RASMI : 31/12/12




SEKITAR LAWATAN KL-MELAKA SEPT 2012


Saturday, January 26, 2013

KEPADA SEMUA GURU KELAS:

SILA SEMAK DATA MURID YANG TIDAK LENGKAP DAN LENGKAPKAN DALAM www.sekolahmalaysia.com.

DATA MURID SEMAK MURID

Friday, January 20, 2012

Latihan Keselamatan Kebakaran



Latihan Keselamatan kebakaran
Khamis 19/1/2012 9.30 pagi

Sunday, January 15, 2012

MAJLIS PEMUAFAKATAN IBUBAPA & GURU 2012


GAMBAR SEKITAR MAJLIS PEMUAFAKATAN IBUBAPA MURID TAHUN 6
DAN GURU-GURU
BAGI PENINGKATAN UPSR 2012

14/01/2012 (SABTU) 09.00 PAGI





Tuesday, December 20, 2011

Tuesday, March 1, 2011

TAHNIAH BUAT GB-NKRA

Tahniah buat Tn Guru Besar dan Seluruh Warga SKK.

Tahniah buat pentadbiran SKk kerana telah membawa SKK ke mercu kejayaan sehingga mendapat anugerah NKRA 2010.

kami warga SKK bangga dengan pencapaian... TQ GB

Thursday, November 11, 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010

Tahniah Buat semua Pelajar yang mendapat 5A (11)
Bagi mereka yang tidak berjaya mendapat dengan cemerlang ...teruskan berusaha kerana langkah anda belum tamat....

mereka yg berjaya mendapat 5A






Tuesday, August 31, 2010



Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Zakat
Bagi Tahun 2010

Tarikh : 02/09/2010
Hari Khamis
Di Sempurnakan oleh :
Tn Hj Mohd Rosdi b Ab Aziz

Friday, August 13, 2010

ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI KELANTAN 2010

KADAR ZAKAT FITRAH DI KELANTAN TAHUN INI RM7 PDF Cetak
Rabu, 04 Ogos 2010 15:45

KOTA BHARU 3 Ogos - Kadar zakat fitrah di negeri ini pada tahun ini ditetapkan RM7, meningkat 10 sen berbanding RM6.90 tahun lalu.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Kamaruddin Mohd. Zin berkata, penetapan kadar zakat fitrah itu mengambil kira harga semasa beras.

Beliau berkata, bagi tujuan itu Maik telah melantik seramai 571 amil terdiri daripada para imam, bilal dan pegawai agama di kem-kem tentera, polis serta pusat tahanan.

"Kita menjangkakan kutipan zakat fitrah pada tahun ini sebanyak RM7.5 juta berbanding RM7.3 juta pada tahun lalu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kamaruddin turut mengumumkan kadar nisab zakat wang simpanan iaitu sebanyak RM10,200.

Mengenai zakat harta pula, katanya, umat Islam boleh menunaikan kewajipan mereka dengan membayar zakat harta di kaunter Maik, Balai Islam Lundang di sini yang beroperasi tujuh hari seminggu sepanjang Ramadan ini bermula pukul 8 pagi hingga 4.45 petang.

Selain itu katanya, pembayaran zakat harta juga boleh dibuat melalui ejen-ejen Maik yang dilantik seperti Bank Islam, CIMB, RHB, Ambank, Maybank dan pejabat pos.

"Pada tahun ini, pembayaran zakat harta juga boleh dibuat di tiga buah masjid iaitu di Masjid Bandar Pasir Puteh, Machang dan Pasir Mas," katanya.

Kamaruddin berkata, secara keseluruhannya, Maik menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM70 juta tahun ini berbanding RM66.5 juta tahun lalu.

Beliau berkata, pembayaran zakat oleh umat Islam terus meningkat setiap tahun dan perkembangan tersebut menunjukkan kegawatan ekonomi sebenarnya tidak menjejaskan pendapatan mereka dalam menunaikan ibadat tersebut, malah semakin mendapat keberkatan.

Tambahnya, bagi menggalakkan umat Islam menunaikan kewajipan tersebut, Maik turut memperkenalkan sistem waad iaitu mengembalikan sebanyak 25 peratus wang zakat yang dibayar untuk diagih-agihkan sendiri oleh pembayar zakat kepada golongan asnaf di kawasan mereka.

Katanya, pelaksanaan sistem tersebut dibuat berikutan terdapat pandangan daripada pembayar zakat mengenai ada golongan fakir dan miskin di kawasan mereka yang perlu dibantu.

Jelasnya, Maik telah memperuntukkan sebanyak RM2.5 juta setahun bagi tujuan pembayaran balik wang zakat di bawah sistem waad yang mula diperkenalkan sejak 2006.

"Program ini bertujuan menggalak dan menarik umat Islam supaya membayar zakat," katanya.

Mengenai program Maik, Kamaruddin berkata, antara tumpuan pihak majlis ialah menyediakan rumah bagi golongan fakir dan miskin berharga kira-kira RM30,000 sebuah.

Beliau memberitahu, Maik sejak 2004 telah pun membina 501 buah rumah untuk golongan asnaf di seluruh negeri yang melibatkan peruntukan lebih RM15 juta.

(Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2010)


Sunday, May 30, 2010